FAQ
-
Apa yang ditawarkan oleh GBC?
Kami menyediakan perkhidmatan kursus borong di China, perkhidmatan pakej memborong di China dan juga perkhidmatan penghantaran barang dari China ke mana-mana destinasi di dunia.
-
Siapakah yang boleh mengikuti Kursus Borong anjuran GBC?
Sesiapa sahaja! Kursus kami tiada had umur dan tiada terhad kepada para usahawan. Malah kami sangat menganjurkan mereka yang ingin berjinak-jinak dengan perniagaan agar mengikuti kursus kami, kerana anda bukan sahaja diberi informasi tentang memborong di China, kami juga menyediakan info tentang keusahawan dan juga bagaimana menggunakan kuasa Internet bagi membantu mengembangkan perniagaan anda.
-
Bagaimana saya ingin mendaftar bagi mengikuti kursus ini?
Anda boleh mengisi borang pendaftaran online kami. Anda juga boleh terus menghubungi wakil kami di 019 260 3924 (Mahayuddin) bagi tujuan pendaftaran dan pertanyaan berkaitan.
-
Saya berminat untuk mengikuti GBC trip ke China. Tetapi saya ingin membeli sendiri tiket penerbangan saya. Adakah boleh saya mengikuti trip dengan cara ini? Bagaimana pula dengan bayaran trip?
Soalan yang baik. Kami sememangnya tidak menghadkan para peserta kami di dalam hal ini. Para peserta boleh sahaja membeli tiket penerbangan sendiri dan masih lagi boleh mengikut trip borong kami. Tentu sahaja harga trip akan diberi diskaun istimewa. Anda cuma perlu membayar ground package sahaja! Hubungi kami untuk maklumat lanjut!
-
GBC tak sediakan perkhidmatan pelancongan ke?
Buat masa ini, kami cuma menyediakan perkhidmatan kursus borong, trip borong dan juga perkhidmatan penghantaran barang dari Guangzhou, China. Insya Allah di masa hadapan, jika sambutan yang diterima menggalakkan, kami akan memperbanyakkan lagi perkhidmatan kami.
