GBC - Gedung Borong China » Tip Usahawan

Perniagaan- Satu Cabang Jihad
Selepas tragedi 11/9, masyarakat Islam yang semakin tertekan di  sarankan untuk terus mengutamakan jihad.  Namun kali ini, jihad yang  dianjurkan ialah dalam usaha untuk  memperkukuhkan ekonomi dunia Islam.  Mengikut Tan Sri Muhammmad Ali Hashim, Ketua Eksekutif, Johor  Corporation, sebab-sebab utama  masyarakat Islam perlu berbuat demikian  adalah kerana kita:-

1. Mudah ditewaskan dalam perang jihad  kerana kekurangan senjata.

Oleh  itu, umat Islam tidak mempunyai  pilihan lain untuk menentukan kewujudan  umat sejagat.

2. Perlu  membina semula kekuatan dan menghimpun kekayaan

Secara umumnya, umat  Islam hidup dalam kemiskinan dan mereka jauh ketinggalan dalam bidang  ekonomi. Masyarakat Islam juga dianggap  sebagai “totalitarian”, “tidak  boleh bertolak ansur” dan “mundur” oleh masyarakat lain. Ini menyebabkan  mereka menggelar negara Islam sebagai negara yang gagal.

3. Medan  perang Abad 21 adalah  dalam dunia perniagaan dan korporat

Sistem  ekonomi abad 21 yang berorientasikan sistem ekonomi kapitalis   menyaksikan organisasi-organisasi korporat berperanan dominan dalam  bidang ekonomi. Pemusatan kuasa ekonomi global pada ‘multi national  corporation’ (MNCs) barat mengancam penjajahan semula sesebuah negara  yang turut memberi kesan kepada nilai hidup dan budaya setempat

Mengikut  kajian oleh UNDP ( Human Development Report 1999), nilai harta milik  tiga jutawan terkaya di dunia melebihi jumlah himpunan KDNK semua negara  membangun di dunia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 600 juta.

Oleh  itu Tan Sri Ali menyarankan agar  kita bersedia menangkis ancaman  kapitalisme dengan menjauhi sindrom “katak dalam air panas”, satu sifat  dimana seseorang itu  akan gagal atau tewas dalam keselesaannya sendiri  setelah berkhayal dan hilang pedoman dan pegangan hidup. Malah menurut  beliau lagi, sistem global kapitalis tanpa sempadan adalah sesuatu yang  buas dan liar, walaupun begitu, dunia terpaksa menerima kewujudannya.

Menurut  Tan Sri Ali lagi, kelemahan ekonomi bangsa Melayu dan umat Islam amnya  menyebabkan mereka mudah saja ditewaskan dan diketepikan di arena  politik antarabangsa dan juga arena-arena lain. Oleh itu beliau  menyarankan agar  kita memperjuangkan perniagaan sebagai satu cabang  jihad dan meletakkan perjuangan bisnes sebagai perkara utama dalam  agenda ekonomi Islam Hadhari. Peranan kepimpinan dalam perjuangan jihad  ini, tegas beliau, perlu melibatkan semua lapisan usahawan, sama ada  awam mahu pun swasta, dan wajib di pikul oleh semua ahli korporat  Muslim.

Menyentuh tentang aset dan harta milik individu dan  keluarga Melayu, beliau berkata bahawa kedudukannya amat rapuh.   Kerapuhan disebabkan oleh kelemahan peribadi usahawan, fenomena pusaka  ’sekangkang kera” dan fenomena “3 generasi”, di mana pegangan hakmilik  bisnes keluarga selalunya tidak dapat bertahan lebih dari generasi  ketiga pewarisnya. Sebagai contoh, 95 % dari perniagaan di negara Timur  Tengah dikendali oleh pihak keluarga. Walaupun ianya menguntungkan,  hanya 6% yang bertahan ke generasi ketiga dengan hanya  2% sahaja mampu  bertahan ke generasi yang berikutnya.

Menurut beliau, jalan keluar  utama  umat Islam memperjuangkan jihad bisnes ialah pertama, dengan  menjana kekayaan dan menjadi pemegang utama kuasa ekonomi.  Langkah  kedua melibatkan umat menginstitusikan hakmilik dan membina korporat  gergasi Muslim yang diurus secara korporat, tetapi kepentingan majoriti  hakmiliknya tidak terserah kepada individu atau keluarga kelompok  kecil.  Malahan Tan Sri Ali menyarankan supaya umat Islam menilai konsep  institusi waqaf korporat sebagai satu pilihan.

Beliau juga  menyeru umat Islam supaya memperjuangkan nilai Islam dalam perniagaan   dengan membina sistem ekonomi yang secucuk dengan jiwa Melayu dan  melihat umat Islam sebagai “ketam” yang disifatkan oleh musuhnya sebagai  ‘berjalan tidak betul’. Cara Melayu berniaga, menurut beliau, perlu  diubah-suai supaya secucuk dengan jiwa ‘ketam’ yang sebenarnya adalah  berjalan dengan cara yang betul, iaitu di atas landasan Islam yang tidak  mementingkan kepentingan individu di atas kepentingan masyarakat ramai.  Dengan demikian, sistem perniagaan persaingan berlandaskan Islam perlu,  antara lainnya, mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

? Kekuatan  kita terletak pada budaya ‘fastabiqul khairat’, atau ‘berlumba-lumba  untuk berbuat baik”

? ‘Barakah’ dari pegangan bahawa harta kekayaan  adalah milik mutlak Allah SAW.

? Kekebalan yang terdapat pada sikap  bekerja/berjihad dan bukan untuk peribadi

? Kekuasaan perjuangan  sebagai ‘khalifah’ bertujuan mentamadunkan dunia untuk manusia sejagat

Menurut  beliau lagi, cara ketam ‘menjalankan’ perniagaan harus berbeza dengan  cara makhluk lain seperti ‘siput, umang-umang dan belangkas’ berniaga.  Umat Islam perlu   memilih budaya korporat organisasi ketam yang  berasaskan kepada komitmen tinggi terhadap pekerjaan yang bermanfaat,  iaitu selaras dengan kehendak agama yang inginkan setiap manusia  mengeluarkan barangan dan perkhidmatan lebih dari  keperluan kegunaanya  sendiri.

Sumber : PUNB

Tan Sri Muhammmad Ali Hashim memetik Surah AsSaf,  Ayat 4 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah Taala amat menyukai orang  berjihad pada jalanNya dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka  seperti satu binaan yang tersusun kukuh” untuk kita jadikan panduan.

Jangan Lokek Berbelanja untuk Iklan
Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu  `berkira’ memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan  produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.

Menteri  Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata,  sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang  berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.

Katanya,  keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua  syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5  bilion.

Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat  oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar  manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.

Sumber : PUNB

Beliau  berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia  Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.

Mohamed Khaled  berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan  perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang  memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.

Sementara  itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia  dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang  disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga  Rabu bermula pukul 8.30 pagi.

Jelasnya, program tiga minit itu  akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan  produk masing-masing kepada orang ramai.

Buat permulaan ujar  beliau, sebanyak 10 usahawan yang memiliki pelbagai produk dipilih untuk  menjayakan program ini dan ia akan ditambah kepada 40 syarikat usahawan  lain.

Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit
Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato’ Ameer Ali Mydin,  Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian  Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.

Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan  runcit, pastikan;

Anda belajar selok-belok perniagaan ini  dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.

Anda belajar  tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan  secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.

Anda perlu belajar  daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri  kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.

Seseorang  usahawan itu mesti ‘hands-on’ dalam mengusahakan perniagaan.

Jangan  terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah  gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.

Apabila anda membuat  keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan  berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh  hati.

Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan  mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari  perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.

Dalam  perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda  tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.

Anda perlu prihatin  terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas  perkara-perkara yang tidak berfaeadah.

Jangan campur-aduk  perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.

Anda perlu  menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi  tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong  atau menipu anda.

Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari  orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan  anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.

Jangan  jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan  kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang  bersesuaian dengan dengan bajet anda.

Apabila menyewa , rancang  dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut  bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan  tempat yang stragetik.

Sebelum mencari lokasi perniagaan anda,  buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan  pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen),  sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak  akan menunggu anda.

Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan  anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak  dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.

Ambil  insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu  diinsurankan.

Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan  seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.

Tiada  salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing  anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.

Dalam  perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan  penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran  tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.

Anda  perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.

Amalkan  etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan  ia akan mempermudahkan

kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan  anda.

Sumber : PUNB

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan  umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan  kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub  dengannya.

Jangan terlalu yakin dengan satu idea  sahaja.  Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea  dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda  perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik  pelanggan terhadap  anda! Terdapat lebih dari 25  cara untuk memasarkan perniagaan anda  dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang  kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan  penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak  mengenali pelanggan anda

Perubahan pada  citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan  mempengaruhi  perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara  dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak  pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda  tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai  syarikat

Walaupun anda mempunyai produk  yang paling terbaik, pelanggan  mungkin tidak akan membelinya dalam  tempoh waktu yang anda  fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang   mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh  tersebut.

5. Tidak peduli tentang  kakitangan

Salah satu cabaran yang  paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk  memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran,  kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk.  Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat  boleh musnah  dengan segera!

6. Keliru tentang  kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang  berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi  mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada  pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan,  maka tidak ada cara  untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan  perniagaan anda.  Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari  mana, bagaimana, bila dan siapa yang  membawa masuk jualan.

8. Penyendiri

Anda  mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri  dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk  mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada  ’Mastermind’

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang  mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin  ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota  keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga  Pengarah,  kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah  sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan  pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah  mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan  itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan  berputus asa dan menderita.

Sumber : PUNB