GBC - Gedung Borong China » Info Usahawan

Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat
Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang  mendalam  dan jati diri yang tinggi” – Dato’  Mohd Nadzmi

Falsafah  inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato’  Mohd Nadzmi Mohd Salleh,  Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd.  Beliau berkata demikian  semasa memberi ceramah tengahari  PUNB  bertajuk ” Revitalising  Companies  – The Way Forward”  pada 27 Julai 2004.

Bermula dari  dunia korporat, Dato’ Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan  syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa  syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan.  Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya  banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus  secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini  sinonim dengan nama  beliau.

Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau  sering memberi  tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya  dalam dunia perrniagaan  :-

Ini adalah nasihat beliau:

• Anda  mesti mempunyai sikap rajin

• Seseorang yang ingin menjadi usahawan  perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak  berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan  tidak akan tercapai. Menurut Dato’ Mohd  Nadzmi, sikap untuk berusaha  secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu  sikap yang baik.

Mengikut Dato’  Mohd Nadzmi,  kita tidak dapat   meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat  ‘A’ dalam peperiksaan bukan bermakna dia  akan mendapat ‘A’ dalam semua  perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan  dari golongan yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan. Tetapi mereka  terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa  sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani  mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan  takwa, usahawan  tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

• Anda  mesti mempunyai keyakinan diri

• Disamping minat dan kesungguhan,  kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang.  Ini perlu dipupuk  dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh  dan berfikiran terbuka dan positif.  Bagi Dato’  Mohd Nadzmi, usahawan  adalah insan yang istimewa. Mereka  merupakan golongan yang berani dan  sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh  itu, menurut Dato’  Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu  teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus   perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam  membuat  keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan  yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu  difikirkanya.  Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri  bagaimana untuk menyelesaikannya

• Mengurus organisasi dan  operasi syarikat adalah penting

• Mengurus organisasi dan operasi  syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus.  Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana  ia  diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia.  Jika aliran wang  tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam  kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan  perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan  yang kukuh.

• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta

• Seseorang  usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal  perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka  mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting  untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari  para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti  diberi dan bukan diminta dan usahawan  hanya akan mendapatkannya melalui  ilmu pengetahuan.  Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini  maka  usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau  mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

• Belajar  apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan

• Fokus  kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu  menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada  bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang  timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi  belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan  cemerlang .

• Belajar dari kesilapan

• Menurut Dato’  Mohd  Nadzmi, tiada manusia di dunia ini  sempurna. Kesilapan yang timbul  mengajar manusia untuk  memperbaiki kelemahan diri agar dapat  mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif  menyelesai masalah.  Buatlah ‘post mortem’, kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan  ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan  akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak  diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

• Ambil  tindakan berasakan keutamaan

• Usahawan perlu  bijak bertindak  mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato’ Mohd Nazmi, beliau  akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan  beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya.   Beliau  kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan  bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi,  sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa  yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah  tersebut dan bertindaklah  untuk menyelesaikanya secara bijak.

• Jadilah  pemimpin yang bertanggungjawab

• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, beliau  menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia  sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah  diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang  bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu  memastikan  syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.

Dato’ Mohd   Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan  penting seseorang itu perlulah:-

- melakukan tugasan yang  diamanahkan  dengan cara yang terbaik

- mempunyai keupayaan untuk  menganalisa dan menyelesaikan masalah

- kreatif dalam membuat  keputusan

- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk  berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya  dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin  juga perlu mempunyai pengetahuan  dan pengalaman yang luas tentang   pengurusan dan operasi syarikatnya  dan  juga syarikat pesaing. Semua  ini perlu  untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan,  Insyallah.

Sumber : PUNB

Tip Usahawan Berjaya
MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan  mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak kira  dalam bidang politik, keluarga atau individu,  merancang akan dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kebolehan merancang dan mendapatkan  keputusan adalah amat penting. Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan  yang lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila  perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam  menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan  anda. Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih  diperlukanm untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar  dan tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak  pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang berjaya akan sering tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?

- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?

- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?

- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk  mengembangkan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas  keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.

BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih  daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, “Go the extra  mile!”. Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam  perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya apabila  disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan pendapatan yang  diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang berjaya, menteliti sebagai  “pekerja” tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk  memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat peluang  bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha sekeras-kerasnya dalam  perniagaan anda. Melakukan kerja lebih daripada apa yang disangkakan  akan membuka pintu rezeki kepada perniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan  menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal  dalam tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat  mengejutkan bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai ciri-ciri  usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada statistik  ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi  kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi

- Kebolehan merunding

- Kebolehan memujuk pembeli membeli

- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang  tinggi. Tanpa kebolehan “menjual“, matlamat sesuatu perniagaan  tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting dalam  perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi  melalui menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari  kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan juga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan  sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual! Ianya  selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi, saya mula  dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang melalui  pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah suatu  kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal, ianya agak  sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali melakukan  perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun, berkomunikasi  bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga untuk bijak  mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada mereka  disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar, memujuk,  persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam membantu  menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang  telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh  orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang  tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan  dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan  dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa  yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka  yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu  memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang  masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Pembaca sekelian,

Seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan gagal.  Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya! Sedih  bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates.  Tahukah anda bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam  perniagaannya yang boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan  dan menguji lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi  dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan dikira  sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa lebih banyak  mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam  usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan,  rezeki tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu  perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok  perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya anda  mendalami ilmunya.

-Irfan Khairi