MAGNA SQUARE SDN. BHD kini mengembangkan sayap ke dalam bidang latihan dan perundingan profesional dan berharap ingin menjadi pembekal latihan dan perundingan tentang pemborongan terulung di negara ini dengan menawarkan Kursus Memborong di China.
Dengan reputasi kerja yang baik dan di sokong oleh tenaga pengajar yang berdedikasi dan berdaya maju, telah menjadikan syarikat ini mampu berdaya saing dan mendapat kepercayaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta dalam perkhidmatan yang dijalankan. Adalah menjadi harapan agar kepercayaan ini dapat di kekalkan dan perkhidmatan yang konsisten dapat di bekalkan demi memuaskan hati setiap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan daripada kami. Ini sejajar dengan misi kami untuk melangkah jauh ke hadapan serta bersedia menghadapi cabaran persaingan global pada masa akan datang.
PEMACU UTAMA GBC
| Mahayudin Hussein | ||
![]() |
Peneraju utama GBC ini sudah berkecimpung di dalam bidang perniagaan dari pertengahan 90-an. Bermula dengan perniagaan dan perkhidmatan baiki komputer secara kecil-kecilan, beliau kini mempunyai rangkaian kedai komputer di 3 buah bandar – Serdang, Kuantan dan Kota Bharu. Mula berjinak-jinak dengan perniagaan borong China setelah menyedari potensi besar yang dijanjikan dari perniagaan ini, beliau kini mengorak selangkah lagi dengan membantu usahawan Islam Malaysia memborong di China. Dengan pengalaman yang luas, hampir 15 tahun di dalam bidang perniagaan dan perkomputeran, beliau menjadi nadi utama GBC dengan berkongsi pengalaman, ilmu dan tips bagaimana menjadi usahawan berjaya. | |
| A. Rani Musa | ||
![]() |
Rakan kongsi utama GBC ini adalah seorang yang tidak lokek dalam berkongsi pengalamannya sebagai seorang pendidik dan juga ahli perniagaan melebihi 25 tahun. Perwatakannya yang tenang dan bersahaja mungkin antara faktor kejayaan beliau di dalam bidang yang diceburi. Di samping sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang Perunding Latihan di IKRAM Training Sdn Bhd, beliau juga adalah seorang usahawan berjaya yang menceburi pelbagai bidang – antaranya pendidikan dan latihan, pengurusan acara, travel & tours. Pemegang MBA ini kini menceburi bidang borong di China dan tentunya dengan pengalaman perniagaan yang beliau ada, para peserta GBC akan mendapat berkongsi ilmu dan pengalaman dari beliau. | |
| Mohd Fadli Ghani | ||
![]() |
Berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan, Fadli adalah seorang yang versatile dan komited di dalam bidangnya. Beliau adalah pensyarah sambilan di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya HELP International College of Technology, Klang, Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah, Gombak, dan juga Visiting Fellow di Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, SIngapura. Bukan sahaja bergelar Pensyarah, beliau juga adalah Pengarah, Arkin dan Perpustakaan Yusof Rawa dan salah seorang ahli lembaga Pengarah Lembaga Muzium Selangor. Selain bidang pendidikan,beliau juga tidak asing di dalam bidang penyelidikan dan pernah menulis buku dan artikel penyelidikan. Trainer GBC ini menggunakan perwatakannya yang mudah didekati dan suka menghiburkan orang sebagai antara tarikan apabila berkongsi info tentang peluang memborong di China. | |
| Norhasni Ismail | ||
![]() |
Mendapat pendidikan ijazah pertama di UK, beliau menimba pengalaman kerjaya pertamanya di BERNAMA sebagai seorang eksekutif IT.Seterusnya, beliau meneruskan kerjayanya di dalam bidang perkhidmatan web dan sistem di salah sebuah anak syarikat MIMOS dan IDB. Berbekalkan azam dan gandingan rakan kerja yang mantap, beliau kini berkecimpung di dalam perniagaan web dan sistem selama hampir 7 tahun. Berpengalaman memberikan perkhidmatan syarikatnya kepada agensi kerajaan, swasta malah individu, beliau menjadi nadi utama pembangunan dan penggerak portal GBC.com. Selain menguruskan portal GBC.com, beliau juga menjadi trainer GBC dengan berkongsi pengalaman dengan para peserta peluang pemasaran yang ditawarkan melalui pelan Portal dan SMS yang GBC sediakan. |



