Gedung Borong China | Kursus Borong China | Usahawan Borong | Trip Borong

Menjadi Usahawan Muslim Cemerlang
Melihat senario ekonomi negara kita Malaysia yang kebanyakannya di  monopoli oleh peniagaan  bukan Islam sedangkan jumlah penduduknya  secara majoritinya adalah muslim. Untuk mendapatkan bekalan khususnya  makanan dan bahan penyediaan makanan yang halal memang sudah dirasakan  kesukarannya sejak dahulu lagi, walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk  memantau kebersihan dan jaminan halal ini namun semuanya makin belum  sepenuhnya dapat di banteras.  Masih terdapat ramai pengusaha dan  peniaga yang lalai dan mengambil ringan perkara ini.

Namun apa yang  ralatnya ialah perniagaan makanan dan bekalan mentah adalah dijalankan  dan diusahakan oleh orang bukan Islam yang sudah tentunya tidak terlalu  mementingkan halal dan kebersihan mengikut hukum yang telah ditetapkan  oleh Islam sehinggakan inti kacang yang digunakan untuk membuat roti  goreng itu pun didapatkan daripada pengusaha cina yang bukan Islam. Di  mana menghilangnya peniaga dan pengusaha muslim? Adakah mungkin faktor  pengusaha muslim ini sukar untuk hidup dan maju dalam bidang usahawan  kerana tiada galakan dan sambutan daripada pengguna Islam yang kurang  menyokong? Ataupun mungkinkah juga kerana saingan daripada peniaga  bangsa lain yang terlalu sengit sehinggakan peniaga Islam ini tidak  mampu bertahan lama lalu lingkup tanpa meninggalkan walau hanya debu  pun? Namun apa yang kita perhatikan adalah antara punca utama usahawan  dan peniaga muslim kurang maju dalam perniagaan adalah kerana saingan  dengan bangsa lain yang terlalu hebat, namun sebenarnya ia masih boleh  diatasi sekiranya perniagaan itu dijalankan menurut panduan yang telah  digariskan dalam Islam. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan  panduan kepada seluruh usahawan dan peniaga Islam yang ingin maju dan  mengorak langkah dengan jayanya dalam perniagaan dan perusahaan.

1) Keuntungan bukanlah menjadi matlamat utama.

Jadikanlah matlamat utama berniaga adalah untuk mencapai dan  mendapatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Sekiranya  berniaga dengan niat untuk mendapat keuntungan sahaja kita akan mudah  terpesong dan melanggar prinsip perniagaan dalam Islam.  Perniagaan yang  diberkati adalah perniagaan yang dijalankan secara jujur, telus dan  menjadikan pelanggan itu seperti saudara sendiri.

2) Jujur dan Telus

Usahawan yang jujur akan mudah mendapat tempat di hati pembeli dan  pelanggan. Justeru, hubungan yang baik antara pelanggan dan peniaga akan  terbina sekiranya tiada unsur-unsur mengambil kesempatan dan mengambil  untung yang melampaui batas ke atas pelanggan. Nabi Muhammad SAW juga  pernah bersabda bahawa akan di masukkan peniaga yang jujur dan telus itu  ke dalam syurga bersama rasul-rasul Allah dan mereka yang beriman.

3) Terbuka dengan kritikan

Usahawan yang ingin berjaya tidak pernah takut dan memandang negatif  ke atas setiap kritikan yang diberi oleh sesiapa sahaja terhadapnya  mahupun produknya. Walaupun kenyataannya kritikan itu sesuatu yang amat  pahit untuk ditelan namun ianya perlu dilihat daripada sudut pandangan  yang positif agar dapat bertindakbalas dengannya dan memperbaiki  keadaan. Sikap sebeginilah yang menujukkan anda seorang yang berani  dalam melakukan perubahan dan pembaharuan demi memenuhi keperluan  pengguna.

4) Utamakan kebersihan

Kebersihan dalam penghasilan produk pemakanan adalah amat dituntut di  dalam Islam. Menjaga kebersihan bukan sahaja mengelakkan daripada  mendatangkan kemudharatan tetapi menghadirkan perasaan selesa kepada  pengguna itu sendiri. Apabila timbulnya perasaan selesa tersebut, hati  pelanggan akan mudah terikat dengan produk yang dihasilkan dan juga  perkhidmatan yang ditawarkan.

5) Mempunyai impian dan matlamat yang tinggi

Walau dalam apa jua bidang yang diceburi kita perlulalah bercita-cita  tinggi termasuklah juga dalam bidang usahawan ini. Usahlah takut untuk  mencipta dan berimpian yang besar jika kita punya kemampuan dan  keupayaan untuk mencapainya. Sebagai contohnya anda bermula dengan  perniagaan warung yang kecil dan seterusnya mempunyai restoran yang  sederhana besar, kemudian ingin membuka beberapa rangkaian di seluruh  daerah dan seterusnya negeri. Bukan susah untuk merancang, tetapi  apa  yang sukarnya ialah untuk melaksanakannya., namun anda masih punya  pilihan samada untuk membiarkan sahaja impian itu berkubur kerana  semangat anda yang lemah atau meneruskan dan menjadikannya satu  kenyataan. Segala keputusan dan hasil adalah berada di tangan anda,  namun yang penting jangan lupa untuk memanjatkan doa memohon pertolongan  daripada Allah SWT.

6) Bekerjasama dengan saingan dalam pasaran yang sama

Mentaliti masyarakat melayu yang suka dengki, hasad dan ingin untung  seorang ini haruslah di kikis dan dibuang terus. Kalau bukan kerana  sikap ini mungkin tidak akan ada peniaga yang dibomohkan dan disantaukan  oleh orang-orang tertentu yang tidak senang dengan kejayaan seseorang  itu. Kita boleh mengambil contoh peniaga bukan Islam seperti bangsa cina  contohnya. Mereka benar-benar tolong menolong sesama mereka dalam  perniagaan. Seperti pengalaman seorang pelajar ini yang ingin membeli  telefon bimbit di sebuah kedai di ibu kota, namun model yang diinginkan  tiada di kedai tersebut, tetapi peniaga cina ini tidak membiarkan  pelanggannya itu berlalu begitu sahaja sebaliknya membawanya ke kedai  yang berhampiran untuk membantunya membuat pilihan di sana. Perkhidmatan  ini sangat memuaskan hati pelajar tersebut. Bagaimanakah peniaga cina  tersebut boleh melakukan sebegitu sedangkan dia tidak mendapat sebarang  untung pun di situ, hebat sungguh cara berbisnes bangsa cina ini.

Perbuatan jatuh- menjatuhkan sesama peniaga juga tidak haruslah  berlaku dalam perniagaan Islam, sebaliknya haruslah bergandingan  memajukannya. Menubuhkan persatuan peniaga juga boleh  dipertimbangkan sebagai medan perbincangan dalam menyelesaikan masalah  yang berlaku dalam perniagaan. Melaluinya juga para peniaga  boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran dan juga pengalaman untuk  mengembangkan lagi perniagaan.

7) Sesekali tidak menjual barangan haram

Ada sebilangan peniaga yang tidak menganggap penjualan barangan yang  haram ini sebagai satu perkara yang harus dijauhi. Barangan yang haram  ini bukanlah sahaja seperti yang kita maklum iaitu arak, daging babi  atau yang bersangkutan dengannya tetapi barangan curi, barangan yang  boleh memudaratkan seperti dadah dan sebagainya, barangan yang salah di  sisi undang-undang seperti penjualan senjata api dan daging binatang  liar tanpa lesen yang sah juga dikategorikan sebagai barangan haram.  Perniagaan dalam Islam ini haruslah barangan dan perniagaan yang tidak  melibatkan barang yang mutashabihat( ragu) daripada segi kandungan dan  pembuatannya. Islam terlalu luas skopnya namun kenapa masih ada di  antara kita yang masih ingin melibatkan dalam perkara syubhah begini.

Usahawan muslim perlulah mengambil langkah yang lebih tangkas dan  cekap dalam memajukan bisnes yang melibatkan penghasilan makanan bagi  umat Islam ini. Kandungan dan penjualan makanan umat Islam kini semakin  tidak diambil peduli dan dipandang ringan oleh sesetengah pihak  berwajib. Pengguna juga kurang mengambil berat apa yang dimakan mereka,  tidak kira samaada makanan itu halal ataupun tidak, apa yang penting  bagi mereka adalah sedap. Seharusnya kita sebagai umat Islam perlu  menitik beratkan soal pemakanan ini sebab ia akan menjadi darah daging  kita. Bantulah usahawan muslim untuk terus hidup dan maju dalam  perusahaan mereka.

Sumber : http://www.fitrahpower.com/7-tip-menjadi-usahawan-muslim-cemerlang/

Kursus Memborong di China

Perniagaan- Satu Cabang Jihad
Selepas tragedi 11/9, masyarakat Islam yang semakin tertekan di  sarankan untuk terus mengutamakan jihad.  Namun kali ini, jihad yang  dianjurkan ialah dalam usaha untuk  memperkukuhkan ekonomi dunia Islam.  Mengikut Tan Sri Muhammmad Ali Hashim, Ketua Eksekutif, Johor  Corporation, sebab-sebab utama  masyarakat Islam perlu berbuat demikian  adalah kerana kita:-

1. Mudah ditewaskan dalam perang jihad  kerana kekurangan senjata.

Oleh  itu, umat Islam tidak mempunyai  pilihan lain untuk menentukan kewujudan  umat sejagat.

2. Perlu  membina semula kekuatan dan menghimpun kekayaan

Secara umumnya, umat  Islam hidup dalam kemiskinan dan mereka jauh ketinggalan dalam bidang  ekonomi. Masyarakat Islam juga dianggap  sebagai “totalitarian”, “tidak  boleh bertolak ansur” dan “mundur” oleh masyarakat lain. Ini menyebabkan  mereka menggelar negara Islam sebagai negara yang gagal.

3. Medan  perang Abad 21 adalah  dalam dunia perniagaan dan korporat

Sistem  ekonomi abad 21 yang berorientasikan sistem ekonomi kapitalis   menyaksikan organisasi-organisasi korporat berperanan dominan dalam  bidang ekonomi. Pemusatan kuasa ekonomi global pada ‘multi national  corporation’ (MNCs) barat mengancam penjajahan semula sesebuah negara  yang turut memberi kesan kepada nilai hidup dan budaya setempat

Mengikut  kajian oleh UNDP ( Human Development Report 1999), nilai harta milik  tiga jutawan terkaya di dunia melebihi jumlah himpunan KDNK semua negara  membangun di dunia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 600 juta.

Oleh  itu Tan Sri Ali menyarankan agar  kita bersedia menangkis ancaman  kapitalisme dengan menjauhi sindrom “katak dalam air panas”, satu sifat  dimana seseorang itu  akan gagal atau tewas dalam keselesaannya sendiri  setelah berkhayal dan hilang pedoman dan pegangan hidup. Malah menurut  beliau lagi, sistem global kapitalis tanpa sempadan adalah sesuatu yang  buas dan liar, walaupun begitu, dunia terpaksa menerima kewujudannya.

Menurut  Tan Sri Ali lagi, kelemahan ekonomi bangsa Melayu dan umat Islam amnya  menyebabkan mereka mudah saja ditewaskan dan diketepikan di arena  politik antarabangsa dan juga arena-arena lain. Oleh itu beliau  menyarankan agar  kita memperjuangkan perniagaan sebagai satu cabang  jihad dan meletakkan perjuangan bisnes sebagai perkara utama dalam  agenda ekonomi Islam Hadhari. Peranan kepimpinan dalam perjuangan jihad  ini, tegas beliau, perlu melibatkan semua lapisan usahawan, sama ada  awam mahu pun swasta, dan wajib di pikul oleh semua ahli korporat  Muslim.

Menyentuh tentang aset dan harta milik individu dan  keluarga Melayu, beliau berkata bahawa kedudukannya amat rapuh.   Kerapuhan disebabkan oleh kelemahan peribadi usahawan, fenomena pusaka  ‘sekangkang kera” dan fenomena “3 generasi”, di mana pegangan hakmilik  bisnes keluarga selalunya tidak dapat bertahan lebih dari generasi  ketiga pewarisnya. Sebagai contoh, 95 % dari perniagaan di negara Timur  Tengah dikendali oleh pihak keluarga. Walaupun ianya menguntungkan,  hanya 6% yang bertahan ke generasi ketiga dengan hanya  2% sahaja mampu  bertahan ke generasi yang berikutnya.

Menurut beliau, jalan keluar  utama  umat Islam memperjuangkan jihad bisnes ialah pertama, dengan  menjana kekayaan dan menjadi pemegang utama kuasa ekonomi.  Langkah  kedua melibatkan umat menginstitusikan hakmilik dan membina korporat  gergasi Muslim yang diurus secara korporat, tetapi kepentingan majoriti  hakmiliknya tidak terserah kepada individu atau keluarga kelompok  kecil.  Malahan Tan Sri Ali menyarankan supaya umat Islam menilai konsep  institusi waqaf korporat sebagai satu pilihan.

Beliau juga  menyeru umat Islam supaya memperjuangkan nilai Islam dalam perniagaan   dengan membina sistem ekonomi yang secucuk dengan jiwa Melayu dan  melihat umat Islam sebagai “ketam” yang disifatkan oleh musuhnya sebagai  ‘berjalan tidak betul’. Cara Melayu berniaga, menurut beliau, perlu  diubah-suai supaya secucuk dengan jiwa ‘ketam’ yang sebenarnya adalah  berjalan dengan cara yang betul, iaitu di atas landasan Islam yang tidak  mementingkan kepentingan individu di atas kepentingan masyarakat ramai.  Dengan demikian, sistem perniagaan persaingan berlandaskan Islam perlu,  antara lainnya, mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

? Kekuatan  kita terletak pada budaya ‘fastabiqul khairat’, atau ‘berlumba-lumba  untuk berbuat baik”

? ‘Barakah’ dari pegangan bahawa harta kekayaan  adalah milik mutlak Allah SAW.

? Kekebalan yang terdapat pada sikap  bekerja/berjihad dan bukan untuk peribadi

? Kekuasaan perjuangan  sebagai ‘khalifah’ bertujuan mentamadunkan dunia untuk manusia sejagat

Menurut  beliau lagi, cara ketam ‘menjalankan’ perniagaan harus berbeza dengan  cara makhluk lain seperti ‘siput, umang-umang dan belangkas’ berniaga.  Umat Islam perlu   memilih budaya korporat organisasi ketam yang  berasaskan kepada komitmen tinggi terhadap pekerjaan yang bermanfaat,  iaitu selaras dengan kehendak agama yang inginkan setiap manusia  mengeluarkan barangan dan perkhidmatan lebih dari  keperluan kegunaanya  sendiri.

Sumber : PUNB

Tan Sri Muhammmad Ali Hashim memetik Surah AsSaf,  Ayat 4 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah Taala amat menyukai orang  berjihad pada jalanNya dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka  seperti satu binaan yang tersusun kukuh” untuk kita jadikan panduan.

Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat
Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang  mendalam  dan jati diri yang tinggi” – Dato’  Mohd Nadzmi

Falsafah  inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato’  Mohd Nadzmi Mohd Salleh,  Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd.  Beliau berkata demikian  semasa memberi ceramah tengahari  PUNB  bertajuk ” Revitalising  Companies  – The Way Forward”  pada 27 Julai 2004.

Bermula dari  dunia korporat, Dato’ Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan  syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa  syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan.  Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya  banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus  secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini  sinonim dengan nama  beliau.

Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau  sering memberi  tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya  dalam dunia perrniagaan  :-

Ini adalah nasihat beliau:

• Anda  mesti mempunyai sikap rajin

• Seseorang yang ingin menjadi usahawan  perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak  berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan  tidak akan tercapai. Menurut Dato’ Mohd  Nadzmi, sikap untuk berusaha  secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu  sikap yang baik.

Mengikut Dato’  Mohd Nadzmi,  kita tidak dapat   meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat  ‘A’ dalam peperiksaan bukan bermakna dia  akan mendapat ‘A’ dalam semua  perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan  dari golongan yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan. Tetapi mereka  terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa  sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani  mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan  takwa, usahawan  tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

• Anda  mesti mempunyai keyakinan diri

• Disamping minat dan kesungguhan,  kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang.  Ini perlu dipupuk  dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh  dan berfikiran terbuka dan positif.  Bagi Dato’  Mohd Nadzmi, usahawan  adalah insan yang istimewa. Mereka  merupakan golongan yang berani dan  sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh  itu, menurut Dato’  Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu  teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus   perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam  membuat  keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan  yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu  difikirkanya.  Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri  bagaimana untuk menyelesaikannya

• Mengurus organisasi dan  operasi syarikat adalah penting

• Mengurus organisasi dan operasi  syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus.  Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana  ia  diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia.  Jika aliran wang  tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam  kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan  perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan  yang kukuh.

• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta

• Seseorang  usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal  perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka  mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting  untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari  para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti  diberi dan bukan diminta dan usahawan  hanya akan mendapatkannya melalui  ilmu pengetahuan.  Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini  maka  usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau  mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

• Belajar  apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan

• Fokus  kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu  menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada  bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang  timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi  belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan  cemerlang .

• Belajar dari kesilapan

• Menurut Dato’  Mohd  Nadzmi, tiada manusia di dunia ini  sempurna. Kesilapan yang timbul  mengajar manusia untuk  memperbaiki kelemahan diri agar dapat  mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif  menyelesai masalah.  Buatlah ‘post mortem’, kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan  ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan  akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak  diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

• Ambil  tindakan berasakan keutamaan

• Usahawan perlu  bijak bertindak  mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato’ Mohd Nazmi, beliau  akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan  beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya.   Beliau  kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan  bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi,  sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa  yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah  tersebut dan bertindaklah  untuk menyelesaikanya secara bijak.

• Jadilah  pemimpin yang bertanggungjawab

• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, beliau  menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia  sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah  diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang  bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu  memastikan  syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.

Dato’ Mohd   Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan  penting seseorang itu perlulah:-

- melakukan tugasan yang  diamanahkan  dengan cara yang terbaik

- mempunyai keupayaan untuk  menganalisa dan menyelesaikan masalah

- kreatif dalam membuat  keputusan

- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk  berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya  dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin  juga perlu mempunyai pengetahuan  dan pengalaman yang luas tentang   pengurusan dan operasi syarikatnya  dan  juga syarikat pesaing. Semua  ini perlu  untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan,  Insyallah.

Sumber : PUNB

Jangan Lokek Berbelanja untuk Iklan
Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu  `berkira’ memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan  produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.

Menteri  Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata,  sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang  berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.

Katanya,  keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua  syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5  bilion.

Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat  oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar  manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.

Sumber : PUNB

Beliau  berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia  Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.

Mohamed Khaled  berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan  perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang  memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.

Sementara  itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia  dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang  disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga  Rabu bermula pukul 8.30 pagi.

Jelasnya, program tiga minit itu  akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan  produk masing-masing kepada orang ramai.

Buat permulaan ujar  beliau, sebanyak 10 usahawan yang memiliki pelbagai produk dipilih untuk  menjayakan program ini dan ia akan ditambah kepada 40 syarikat usahawan  lain.

Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit
Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato’ Ameer Ali Mydin,  Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian  Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.

Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan  runcit, pastikan;

Anda belajar selok-belok perniagaan ini  dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.

Anda belajar  tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan  secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.

Anda perlu belajar  daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri  kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.

Seseorang  usahawan itu mesti ‘hands-on’ dalam mengusahakan perniagaan.

Jangan  terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah  gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.

Apabila anda membuat  keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan  berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh  hati.

Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan  mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari  perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.

Dalam  perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda  tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.

Anda perlu prihatin  terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas  perkara-perkara yang tidak berfaeadah.

Jangan campur-aduk  perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.

Anda perlu  menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi  tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong  atau menipu anda.

Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari  orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan  anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.

Jangan  jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan  kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang  bersesuaian dengan dengan bajet anda.

Apabila menyewa , rancang  dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut  bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan  tempat yang stragetik.

Sebelum mencari lokasi perniagaan anda,  buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan  pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen),  sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak  akan menunggu anda.

Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan  anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak  dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.

Ambil  insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu  diinsurankan.

Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan  seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.

Tiada  salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing  anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.

Dalam  perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan  penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran  tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.

Anda  perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.

Amalkan  etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan  ia akan mempermudahkan

kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan  anda.

Sumber : PUNB

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan  umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan  kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub  dengannya.

Jangan terlalu yakin dengan satu idea  sahaja.  Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea  dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda  perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik  pelanggan terhadap  anda! Terdapat lebih dari 25  cara untuk memasarkan perniagaan anda  dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang  kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan  penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak  mengenali pelanggan anda

Perubahan pada  citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan  mempengaruhi  perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara  dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak  pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda  tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai  syarikat

Walaupun anda mempunyai produk  yang paling terbaik, pelanggan  mungkin tidak akan membelinya dalam  tempoh waktu yang anda  fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang   mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh  tersebut.

5. Tidak peduli tentang  kakitangan

Salah satu cabaran yang  paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk  memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran,  kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk.  Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat  boleh musnah  dengan segera!

6. Keliru tentang  kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang  berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi  mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada  pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan,  maka tidak ada cara  untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan  perniagaan anda.  Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari  mana, bagaimana, bila dan siapa yang  membawa masuk jualan.

8. Penyendiri

Anda  mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri  dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk  mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada  ’Mastermind’

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang  mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin  ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota  keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga  Pengarah,  kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah  sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan  pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah  mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan  itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan  berputus asa dan menderita.

Sumber : PUNB

Tip Usahawan Berjaya
MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan  mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak kira  dalam bidang politik, keluarga atau individu,  merancang akan dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kebolehan merancang dan mendapatkan  keputusan adalah amat penting. Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan  yang lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila  perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam  menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan  anda. Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih  diperlukanm untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar  dan tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak  pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang berjaya akan sering tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?

- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?

- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?

- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk  mengembangkan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas  keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.

BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih  daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, “Go the extra  mile!”. Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam  perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya apabila  disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan pendapatan yang  diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang berjaya, menteliti sebagai  “pekerja” tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk  memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat peluang  bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha sekeras-kerasnya dalam  perniagaan anda. Melakukan kerja lebih daripada apa yang disangkakan  akan membuka pintu rezeki kepada perniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan  menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal  dalam tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat  mengejutkan bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai ciri-ciri  usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada statistik  ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi  kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi

- Kebolehan merunding

- Kebolehan memujuk pembeli membeli

- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang  tinggi. Tanpa kebolehan “menjual“, matlamat sesuatu perniagaan  tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting dalam  perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi  melalui menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari  kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan juga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan  sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual! Ianya  selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi, saya mula  dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang melalui  pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah suatu  kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal, ianya agak  sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali melakukan  perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun, berkomunikasi  bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga untuk bijak  mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada mereka  disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar, memujuk,  persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam membantu  menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang  telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh  orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang  tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan  dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan  dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa  yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka  yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu  memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang  masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Pembaca sekelian,

Seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan gagal.  Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya! Sedih  bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates.  Tahukah anda bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam  perniagaannya yang boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan  dan menguji lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi  dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan dikira  sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa lebih banyak  mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam  usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan,  rezeki tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu  perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok  perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya anda  mendalami ilmunya.

-Irfan Khairi